top of page

Media Permata: Ratu Rock Malaysia juri Bintang Search

20 Okt 2021

Media Permata

20 Okt 2021

Ratu Rock Malaysia juri Bintang Search
October 21, 2021
Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Ratu Rock Malaysia, Ella akan membuat penampilan sebagai juri jemputan dalam tiga konsert Bintang Search akan datang di samping juri lainnya iaitu Dayat Ahim, Nana Farhana dan Rizal Rasid.
Penampilannya sebagai tambahan kepada barisan panel juri yang sedia ada direalisasikan disebabkan format rancangan ‘Edisi Teranah di Rumah’ di mana semua juri, pembawa acara dan peserta mengambil bahagian dari rumah mereka sendiri.
Eksekutif Bintang Search, Dayang Siti Kamaluddin menjelaskan bahawa industri filem dan televisyen memerlukan ketahanan dan fleksibiliti yang mana mereka menggunakan situasi bekerja dari rumah sebagai kelebihan dan melibatkan salah satu bintang rock
terbesar di Malaysia.
Bintang Search terus mendapat populariti dalam kalangan penonton di Brunei dan antarabangsa sehinggakan ia telah mencapai lebih 1 juta tontonan di semua platform.
Penglibatan Ratu Rock Malaysia itu sudah semestinya akan membantu mengembangkan acara tersebut menjadi lebih meluas, terutamanya Malaysia.
Menurut Dayang Siti Kamaluddin, mereka menggunakan teknologi dan segera mengenal pasti semua peluang yang ada bagi rancangan ‘Teranah Di Rumah’ tersebut.
Salah seorang peserta Bintang Search, Qasrina berkongsi bahawa ia adalah suatu kebanggaan baginya untuk menerima kritikan yang membina daripada seorang legenda, ratu rock itu sendiri dan sudah pasti ia amat mendebarkan.
“Saya sangat teruja untuk menyertai keluarga Bintang Search!”jelas Ella.
“Saya bersyukur atas kepercayaan untuk menyertai barisan panel juri menjelang final!,” tambah beliau lagi.
Orang ramai dipelawa bagi sama-sama menyaksikan penampilan Ella di program Bintang Search yang bersiaran di OOPs! YouTube channel pada setiap Ahad.

bottom of page