Media Permata
20 Jul 2020
Pencarian bakat diteruskan
July 27, 2020
Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Setelah kejayaan musim pertama sitcom Babu-Nya, OOPs! kini bergerak selangkah lebih ke hadapan dengan Bintang Search iaitu sebuah program yang ditayangkan melalui YouTube sejak Jun lalu.
Menarik kira-kira 500,000 orang penonton, Bintang Search yang merupakan program realiti nyanyian telah menyaksikan seramai 300 orang menyertai uji bakatnya sehingga terpaksa mengambil masa lebih sebulan bagi memilih 20 orang teratas yang diserap ke tahap selanjutnya.
Bintang Search turut dimeriahkan dengan penampilan tiga orang juri yang terdiri daripada selebriti tanah air yang berpengalaman dalam bidang nyanyian dan hiburan sama ada di dalam mahupun luar negara seperti Fakhrul Razi, Nana Farhana dan Rizal Rasid.
Seramai 20 orang peserta terbaik telah dipilih untuk melayakkan diri ke konsert Bintang Search di mana setiap peserta akan membuat persembahan nyanyian di hadapan barisan juri pada setiap konsert diadakan.
Rizal Rasid dan Nana Farhana ketika ditemui mengongsikan keterujaan mereka kerana menyaksikan banyak bakat unik dan terpendam yang dimiliki oleh peserta yang menyertai program tersebut bermula dari peringkat uji bakat lagi.
Para peserta berkenaan akan berentap bagi merebut peluang memasuki Bintang Final yang akan berlangsung pada hujung Ogos depan. Setiap peserta perlu mengumpulkan undian daripada peminat dan penyokong mereka untuk dapat bertahan ke peringkat selanjutnya di mana pengundian dilakukan menerusi laman sesawang OOPs!.
Fakhrul Razi turut mengulas bahawa program seperti Bintang Search ini merupakan satu program yang berguna bagi industri muzik tanah air di mana ia memberi para peserta ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat mereka di peringkat yang lebih jauh.
Siti Kamaluddin selaku penerbit program tersebut pula tidak lupa menzahirkan rasa terima kasih atas kesudian para penaja seperti imagine, Brunei Press, Ximivogue dan Liho Tea atas tajaan dan kepercayaan mereka terhadap program tersebut sejak awal lagi.
Pada minggu ini, lapan peserta teratas yang berjaya melangkah ke konsert seterusnya ialah Mimi Wahab, Najrul Maznibi, Maya Walker, Amalissa, Afifah Sarah, Izzul Masuni, Qistina dan Khairul Nadzri yang akan bersaing untuk merebut empat tempat teratas.
Sebagai cabaran tambahan bagi para peserta pada minggu ini, mereka akan mempersembahkan dua buah lagu secara back-to-back untuk melihat kemampuan dan kebolehan mereka dalam membawakan lagu dan pada masa yang sama merubah emosi dalam persembahan mereka nanti.
Salah seorang peserta, Mimi Wahab menyatakan bahawa Bintang Search telah memberikan pentas untuk para peserta menghibur.
Beliau turut bersyukur atas peluang dan kesempatan yang telah diberikan kepada dirinya dalam menunjukkan kemampuannya pada setiap minggu.
Sementara itu, Shakina turut mengongsikan bahawa Bintang Search ternyata mencabar kerana para pesertanya perlu menghafal lagu berlainan pada setiap minggu namun program ini sudah semestinya mendorong dirinya untuk lebih berkembang menjadi seorang penghibur meskipun hanya dalam tempoh yang singkat.
Program berkenaan dapat ditonton pada setiap Sabtu dan Ahad manakala itu, Road to Bintang akan bersiaran pada malam Rabu.